Friday, 18 August 2017

KURUSKAN BADAN DENGAN BUAH KURMA!




KURUSKAN BADAN DENGAN  BUAH KURMA!









Semua orang tahu kurma ni salah satu makanan sunnah. Kurma ada yang banyak kebaikan dan kurma juga sangat bagus dalam membantu masalah kegemukan.


Jom kita baca 12 kebaikan kurma yang ramai tak tahu!


1. Menjaga kekuatan tulang

Kandungan mineral yang tinggi pada buah kurma, sangat penting untuk memperkuatkan tulang dan melawan penyakit osteoporosis.

Makan buah kurma mengurangkan risiko tulang yang rapuh, terutamanya kepada orang yang sudah tua.


2. Kurma memberi rasa kenyang

Khasiat buah kurma yang penuh serat dapat melancarkan sistem pencernaan & memberikan rasa kenyang yang lebih lama, yang sangat baik untuk menahan nafsu makan supaya dapat mengelakkan makan secara berlebihan.

Setiap biji kurma yang dimakan bermanfaat untuk menurunkan berat badan. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَجُوْعُ أَهْلُ بَيْتٍ عِنْدَهُمْ التَّمْرُ

Tidak akan kelaparan rumah tangga seseorang yang memiliki kurma di dalamnya”. ( H.R Muslim).


3. Kurma bermanfaat untuk mengatasi sembelit

Kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah sembelit, kandungan di dalam kurma berperanan untuk melancarkan sistem pencernaan. Kurma memelihara proses sistem pencernaan agar dapat berjalan dengan baik dan lancar, dan meningkatkan metabolisme tubuh.


4. Kurma merangsang sistem pencernaan

Kurma memiliki kandungan zat yang bermanfaat untuk meningkatkan bakteria baik serta membunuh bakteria yang jahat yang berbahaya untuk tubuh.

Dengan pencernaan yang bekerja dengan optimal, sangat berguna jika sedang diet, kerana membantu dalam usaha menurunkan berat badan.


5. Menjaga kesehatan jantung

Buah kurma juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung. Salah satu caranya ialah dengan merendam kurma semalaman, kemudian ditumbuk pada pagi harinya, kemudian baru dimakan. Kurma akan memberikan manfaat besar dan memberikan kesan baik pada jantung yang lemah.

Kurma yang kaya akan sumber potassium, dari penelitian yang telah dilakukan menunjukan bahwa kandungan potassium tersebut bermanfaat untuk mengurangi risiko seseorang terkena strok, serta untuk mengawal tahap kolesterol LDL di dalam tubuh. Kolesterol jahat (LDL) adalah penyebab penyakit jantung.


6. Membantu untuk menguraikan lemak

Kurma membantu menjaga kesihatan jantung, serta bermanfaat untuk memecahkan lemak yang ada di dalam tubuh. Kolesterol dan lemak menjadi momok dan penyebab utama dari terjadinya kegemukan pada seseorang.

Pada kurma terkandung nutrisi yang sihat sahaja, sangat bermanfaat untuk menyihatkan dan melancarkan proses pencernaan.


7. Meningkatkan tenaga

Buah kurma memiliki kandungan gula alami yang cukup tinggi seperti glukosa, fructose, dan sukrosa, yang walaupun kandungannya tinggi , akan tetap selamat. Mengamalkan makan kurma dapat menambah tenaga dengan cepat.


8. Mengatasi gangguan usus

Buah kurma mengandungi serat yang larut dan tidak larut, serta asam amino yang berkhasiat untuk stimulasi pencernaan makanan dan proses pencernaan optimal. Sistem pencernaan yang baik, dapat menyerap banyak nutrisi yang masuk ke dalam tubuh (dari makanan yang dimakan). Makan buah kurma secara teratur membantu stimulasi bakteria yang baik untuk tubuh, hal ini sangat baik untuk kesihatan organ usus.

Kurma mampu mengurangkan risiko kanser usus besar. Kurma yang kaya serat membantu selaput lendir usus dan menghalang bahan kimia, sehingga mencegah timbulnya penyakit kanser usus besar.


9. Mengatasi anemia
Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma memiliki manfaat yang penting. Kandungan zat besi (yang merupakan mineral) di dalam buah kurma sangat banyak. Kandungan zat besi ini mampu mengatasi masalah kekurangan zat besi pada penderita anemia. Sehingga secara perlahan penderita akan mampu meningkatkan tenaganya, serta mencegah tubuh daripada letih dan lesu.


10. Kesihatan sistem saraf
Kandungan vitamin di dalam kurma bermanfaat untuk menjaga fungsi sistem saraf. Kurma menjadi sumber makanan yang baik bagi yang umumnya daya sistem saraf (termasuk daya ingat dan daya pikir) mereka mulai menurun. Dengan amalkan memakan kurma membantu untuk menjaga ketajaman pikiran.


11. Mengatasi masalah cirit-birit
Kandungan potassium di dalam kurma cukup berkesan untuk mengatasi masalah cirit-birit. Buah kurma bermanfaat untuk meringankan masalah cirit-birit yang kronik. Kurma juga membantu proses penyembuhan cirit-birit.


12. Manfaat minum air dan makan kurma

Gula semulajadi yang terdapat pada buah kurma merupakan salah satu gula terbaik dan sihat. Hasil penelitian juga menunjukkan bahawa dengan minum air dan kurma setiap hari, selama 20 hari atau 30 hari memberikan khasiat, mencegah dari pelbagai racun di dalam tubuh.

Thursday, 20 July 2017

MAKAN BUAH BOLEH BUAT KITA KURUS!




BUAH-BUAHAN BOLEH BUAT KITA KURUS!


Sedangkan Rasulullah SAW pun selalu makan buah-buahan dulu sebelum makan nasi





Macam mana buah ni boleh buat kita kurus?


Kena la makan buah sebelum makan makanan yang berat. Contohnya, nasi, roti. Kita kena makan buah setengah jam awal sebelum makan makanan berat


Dalam buah-buahan ada serat/fibre yang tinggi. Bila kita dah makan buah sebelum makan nasi, automatik perut kita penuh dengan serat.

So, kita pun takkan makan nasi dalam kuantiti yang banyak!

Simple je kan? Apa lagi? Kena start la dari sekarang! Biasakan diri kita makan buah dulu awal 30 minit sebelum nak makan makanan yang berat-berat. Ok?
.

MAKAN EPAL HIJAU KALAU NAK PINGGANG RAMPING BAK KERENGGA!



Makan epal hijau je dah boleh SLIM ke?

Betul ke ni boleh SLIM?

Macam tak caya je kan? hehe








Epal hijau pilihan wanita yang memiliki PINGGANG RAMPING BAK KERENGGA!



Ramai jugak rupanya yang minat epal hijau ni berbanding epal merah. Mungkin rasa epal hijau yang masam-masam tu yang buat orang suka!


Kenapa ye epal hijau ni sesuai untuk turunkan berat badan?


Epal hijau ni sangat rendah kalori. 1 biji epal hijau mengandungi 63 kalori sedangkan pisang mengandungi 134 kalori. Lagi rendah kalori dalam pemakanan kita, lagi cepat berat badan kita akan turun!


Epal hijau juga tinggi dengan serat yang menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama & kurang rasa lapar. So, kita pun takkan cepat rasa lapar & takkan makan nasi banyak-banyak!

Ha! Best ke best? Jangan lupa try!
.

TIPS BERPAKAIAN UNTUK NAMPAK TINGGI &KURUS BAGI YANG BADAN BERBENTUK PEAR!





Korang pernah tak sarung seluar jeans tapi sangkut kat bahagian peha, longgar bahagian pinggang?



Kalau ya! Korang ni antara orang yg berbentuk badan pear



Ramai wanita kat Malaysia ni bentuk badan pear. Masa muda-muda bentuk badan cantik runcing je tp lepas je bersalin jadi bentuk badan pear, jenis lebar kat bahagian pinggul dan peha!



Nak tak kalau kita share tips berpakaian utk bentuk badan jenis pear ni bagi nampak TINGGI & KURUS??

















 Tips berpakaian untuk nampak TINGGI & KURUS bagi yang badan berbentuk pear!



1. Jangan pakai baju yang ada ropol-ropol/ corak kat bahagian pinggul atau paha. Sebab nanti orang akan fokus kat bahagian tu je. Lebih sesuai pakai baju-baju yang loose.

2. Lagi sesuai pakai baju atau blouse bercorak lepastu match kan dgn skirt/ seluar yang loose.


3. Pakai seluar/ skirt warna yang lebih gelap. Gelap tak semestinya hitam, boleh je pakai skirt warna coklat cair ke kelabu ke lepastu match kan dgn blouse corak bunga-bunga kecil yang comel-comel.


4. Pakai skirt yang labuh sampai buku lali. Tapi korang jangan pakai skirt yang kembang-kembang tau. Nanti kita nampak kembang pulak! Pakai seluar yang jenis loose.


5. Jangan pakai ‘belt’! Lagi satu jangan pakai baju yang ada tali reben yang berjuntai-juntai kat bahagian pinggul.


6. Pakai jaket/ blazer, lepastu pakai la aksesori yang simple & sesuai. Korang kena pandai kontra kan warna jaket dengan warna baju & seluar yang korang pakai.


7. Aksesori rantai yang panjang/ pakai shawl yang panjang berjuntai kat bahagian depan dada, akan nampak badan kita lebih tinggi.



Ingat tau! Jangan pakai baju/ seluar yang byk sangat corak kat bahagian pinggul. Jangan pakai baju /seluar yang KETAT! Nanti nampak gempal. Lebihkan aksesori kat bahagian baju & kaki (contoh: kasut-kasut yang sesuai)

JENIS-JENIS GEMUK

JENIS-JENIS GEMUK YANG RAMAI TAK TAHU!


Kenapa ye susah nak diet?

Kenapa susah sangat nak turun berat badan ni?

Benci la makan sikit dah naik balik berat badan!!

Ramai yang STRESS kalau fikir pasal berat badan ni. Lagi-lagi perempuan! Pantang betul kalau dengar orang cakap dia "GEMUK".



Jom kita baca & fahamkan 4 jenis gemuk!






1) Jenis GEMUK AIR:

Masalah macam ni selalunya sebab badan kita kurang air & banyak makan makanan bergaram. Sebab tu la ada yang part-part kat badan kita ni menggeleber lepastu lembik. Macam belon yg diisi air. Macam tu la lembiknya! Biasanya masalah ni jadi kat wanita yang baru kahwin & wanita yang baru lepas bersalin. Jangan risau! Jenis gemuk air ni tak susah pun nak turunkan balik berat badan. Minumlah 2-3 liter air sehari








2) Jenis GEMUK ANGIN:

Ok! Gemuk angin ni pulak lebih kurang je macam gemuk air, akan rasa lembik-lembik jugak part-part kat badan kita tu. Tapi selalu sendawa, perut kembung, sengkak perut, mudah pening, loya & selalu kentut, hahaha. Jangan kentut orang dengar dah la! Hahaha. Jenis gemuk angin ni pun senang nak turunkan balik berat badan











3) Jenis GEMUK DAGING:

Jenis gemuk daging ni pulak selalunya akan rasa badan kita berat, pejal & padat. Jenis macam ni susah sikit nak turunkan berat badan sebab lemak tu memang dah sebati, bergumpal dengan daging. Tapi jangan risau! Mesti ada caranya macam mana nak kurus balik!











4) Jenis GEMUK LEMAK:

Korang pernah tak masukkan tepung tambah air sikit letak dalam belon? Ha! Bila korang picit-picit, macam tu lah korang akan rasa kat part-part badan kita tu. Jenis gemuk lemak ni selalu jadi kat golongan yang bentuk badan macam epal macam dalam gambar tu!
So, yang ada masalah berat badan tu. Korang rasa korang jenis yg mana satu? Kenalpasti dulu jenis yg mana.




Tuesday, 4 April 2017

7 RAHSIA KEBAIKAN BUAH LEMON UNTUK KURUS DAN SIHAT!






1. KURUSKAN BADAN

Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan

2. MENINGKATKAN HIDRASI DAN MEMBERIKAN TENAGA

Mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari

3. MENCANTIKAN KULIT

Tahukah anda? Lemon mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi ? Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda

4. MEMBANTU PROSES MENYINGKIRKAN TOKSIN

Air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan

5. MENYOKONG SISTEM IMUN

Mengamalkan secawan air lemon suam di waktu pagi adalah salah satu cara untuk mengelakkan mudah terkena demam dan selsema,

6. PENGHADAMAN YANG BAIK

Minum segelas air lemon suam di waktu pagi sewaktu subuh. Air suam dengan lemon ini akan membantu merangsangkan saluran penghadaman, merangsang pergerakan usus serta akan membersihkan organ hati anda

7. ALKALIKAN TUBUH BADAN

Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid apabila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat



Disini saya kongsikan cara-cara penyediaan Air Lemon dengan betul!





1. Air Lemon Suam:

-Hiris nipis 1/2 biji lemon
-Rendam di dalam segelas air suam
-Biarkan selama beberapa minit
-Boleh terus minum air lemon suam seperti biasa






2. Air Lemon Madu Halia

-Hiris 1/2 biji lemon
-Rendam ke dalam air suam
-Masukkan 1 inci halia yang telah diketuk
-Biarkan selama 5minit
-Campurkan 1 sudu madu
-Boleh terus minum air seperti biasa

SELAMAT MENCUBA!




KURUSKAN BADAN DENGAN BUAH KURMA!

KURUSKAN BADAN DENGAN  BUAH KURMA! Semua orang tahu kurma ni salah satu makanan sunnah. Kurma ada yang banyak k...