Thursday, 20 July 2017

MAKAN BUAH BOLEH BUAT KITA KURUS!




BUAH-BUAHAN BOLEH BUAT KITA KURUS!


Sedangkan Rasulullah SAW pun selalu makan buah-buahan dulu sebelum makan nasi





Macam mana buah ni boleh buat kita kurus?


Kena la makan buah sebelum makan makanan yang berat. Contohnya, nasi, roti. Kita kena makan buah setengah jam awal sebelum makan makanan berat


Dalam buah-buahan ada serat/fibre yang tinggi. Bila kita dah makan buah sebelum makan nasi, automatik perut kita penuh dengan serat.

So, kita pun takkan makan nasi dalam kuantiti yang banyak!

Simple je kan? Apa lagi? Kena start la dari sekarang! Biasakan diri kita makan buah dulu awal 30 minit sebelum nak makan makanan yang berat-berat. Ok?
.

MAKAN EPAL HIJAU KALAU NAK PINGGANG RAMPING BAK KERENGGA!



Makan epal hijau je dah boleh SLIM ke?

Betul ke ni boleh SLIM?

Macam tak caya je kan? hehe








Epal hijau pilihan wanita yang memiliki PINGGANG RAMPING BAK KERENGGA!



Ramai jugak rupanya yang minat epal hijau ni berbanding epal merah. Mungkin rasa epal hijau yang masam-masam tu yang buat orang suka!


Kenapa ye epal hijau ni sesuai untuk turunkan berat badan?


Epal hijau ni sangat rendah kalori. 1 biji epal hijau mengandungi 63 kalori sedangkan pisang mengandungi 134 kalori. Lagi rendah kalori dalam pemakanan kita, lagi cepat berat badan kita akan turun!


Epal hijau juga tinggi dengan serat yang menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama & kurang rasa lapar. So, kita pun takkan cepat rasa lapar & takkan makan nasi banyak-banyak!

Ha! Best ke best? Jangan lupa try!
.

TIPS BERPAKAIAN UNTUK NAMPAK TINGGI &KURUS BAGI YANG BADAN BERBENTUK PEAR!





Korang pernah tak sarung seluar jeans tapi sangkut kat bahagian peha, longgar bahagian pinggang?



Kalau ya! Korang ni antara orang yg berbentuk badan pear



Ramai wanita kat Malaysia ni bentuk badan pear. Masa muda-muda bentuk badan cantik runcing je tp lepas je bersalin jadi bentuk badan pear, jenis lebar kat bahagian pinggul dan peha!



Nak tak kalau kita share tips berpakaian utk bentuk badan jenis pear ni bagi nampak TINGGI & KURUS??

















 Tips berpakaian untuk nampak TINGGI & KURUS bagi yang badan berbentuk pear!



1. Jangan pakai baju yang ada ropol-ropol/ corak kat bahagian pinggul atau paha. Sebab nanti orang akan fokus kat bahagian tu je. Lebih sesuai pakai baju-baju yang loose.

2. Lagi sesuai pakai baju atau blouse bercorak lepastu match kan dgn skirt/ seluar yang loose.


3. Pakai seluar/ skirt warna yang lebih gelap. Gelap tak semestinya hitam, boleh je pakai skirt warna coklat cair ke kelabu ke lepastu match kan dgn blouse corak bunga-bunga kecil yang comel-comel.


4. Pakai skirt yang labuh sampai buku lali. Tapi korang jangan pakai skirt yang kembang-kembang tau. Nanti kita nampak kembang pulak! Pakai seluar yang jenis loose.


5. Jangan pakai ‘belt’! Lagi satu jangan pakai baju yang ada tali reben yang berjuntai-juntai kat bahagian pinggul.


6. Pakai jaket/ blazer, lepastu pakai la aksesori yang simple & sesuai. Korang kena pandai kontra kan warna jaket dengan warna baju & seluar yang korang pakai.


7. Aksesori rantai yang panjang/ pakai shawl yang panjang berjuntai kat bahagian depan dada, akan nampak badan kita lebih tinggi.



Ingat tau! Jangan pakai baju/ seluar yang byk sangat corak kat bahagian pinggul. Jangan pakai baju /seluar yang KETAT! Nanti nampak gempal. Lebihkan aksesori kat bahagian baju & kaki (contoh: kasut-kasut yang sesuai)

JENIS-JENIS GEMUK

JENIS-JENIS GEMUK YANG RAMAI TAK TAHU!


Kenapa ye susah nak diet?

Kenapa susah sangat nak turun berat badan ni?

Benci la makan sikit dah naik balik berat badan!!

Ramai yang STRESS kalau fikir pasal berat badan ni. Lagi-lagi perempuan! Pantang betul kalau dengar orang cakap dia "GEMUK".



Jom kita baca & fahamkan 4 jenis gemuk!






1) Jenis GEMUK AIR:

Masalah macam ni selalunya sebab badan kita kurang air & banyak makan makanan bergaram. Sebab tu la ada yang part-part kat badan kita ni menggeleber lepastu lembik. Macam belon yg diisi air. Macam tu la lembiknya! Biasanya masalah ni jadi kat wanita yang baru kahwin & wanita yang baru lepas bersalin. Jangan risau! Jenis gemuk air ni tak susah pun nak turunkan balik berat badan. Minumlah 2-3 liter air sehari








2) Jenis GEMUK ANGIN:

Ok! Gemuk angin ni pulak lebih kurang je macam gemuk air, akan rasa lembik-lembik jugak part-part kat badan kita tu. Tapi selalu sendawa, perut kembung, sengkak perut, mudah pening, loya & selalu kentut, hahaha. Jangan kentut orang dengar dah la! Hahaha. Jenis gemuk angin ni pun senang nak turunkan balik berat badan











3) Jenis GEMUK DAGING:

Jenis gemuk daging ni pulak selalunya akan rasa badan kita berat, pejal & padat. Jenis macam ni susah sikit nak turunkan berat badan sebab lemak tu memang dah sebati, bergumpal dengan daging. Tapi jangan risau! Mesti ada caranya macam mana nak kurus balik!











4) Jenis GEMUK LEMAK:

Korang pernah tak masukkan tepung tambah air sikit letak dalam belon? Ha! Bila korang picit-picit, macam tu lah korang akan rasa kat part-part badan kita tu. Jenis gemuk lemak ni selalu jadi kat golongan yang bentuk badan macam epal macam dalam gambar tu!
So, yang ada masalah berat badan tu. Korang rasa korang jenis yg mana satu? Kenalpasti dulu jenis yg mana.




KURUSKAN BADAN DENGAN BUAH KURMA!

KURUSKAN BADAN DENGAN  BUAH KURMA! Semua orang tahu kurma ni salah satu makanan sunnah. Kurma ada yang banyak k...